May 15, 2021

Anak Sekecil Ini Cukup Berani Berdiri Memegang Panji

Anak Sekecil Ini Cukup Berani Berdiri Memegang Panji

Anak sekecil ini cukup berani berdiri memegang panji, sedang aku sendiri mengigil menunggu mati.

Anak sekecil ini cukup berani memacu senjata api, sedang aku masih bermimpi tentang dunia yang tak pasti.

Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa. Bantu mereka kerana aku hanya mampu mengangkat tangan menadah doa untuk kesejahteraan dunia.

Wahai Tuhan Yang Maha bijaksana, menangkan percaturan mereka, kerana aku bacul menahan hiba.

Buat saudaraku disana, kuatkan hatimu pada Yang Esa, kerana pertolongan kami melalui Kekuasaan Sang Pencipta kita.

#savepalestine #freepalestine #palestine #israelkoyak #standwithpalestine